mutakhir

Bongkar maklumat

Oleh Iskandar Shah Mohamed

Shah Alam: Polis menghantar pegawai untuk menemu bual dua raja dadah dari Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand, minggu lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kedua-dua suspek perlu berhadapan dengan undang-undang negara itu atas kesalahan mereka.

“Kita menghantar pegawai ke Thailand untuk menemu bual mereka bertujuan mendapatkan risikan dan maklumat mengenai pembabitan individu lain di negara ini yang mempunyai kaitan dalam kes penyeludupan dadah,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, suspek yang digelar Mr T atau Malaysian Iceman dari Johor Bahru dan Mr G dari Pulau Pinang ditahan polis Thailand kerana dianggap ahli penting sindiket dadah antarabangsa yang bertanggungjawab menyeludup ratusan kilogram dadah ke negara ini.

Mr T, 64, yang tinggal di Thailand selama 20 tahun dan fasih berbahasa Thai ditahan di Lapangan Terbang Hatyai sebaik kembali dari Chiang Rai, 19 April lalu.

Mr G pula ditahan ketika mahu menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia selepas memasuki Thailand sebelum cuti sempena perayaan Songkran.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, polis akan mengambil tindakan mengenai sebarang kegiatan kongsi gelap di seluruh negara.

“Kita tidak hanya menumpukan Geng 24 di Klang, malah operasi dibuat secara menyeluruh di negeri lain,” katanya.

Disiarkan pada: May 4, 2017 @ 6:55am
d