mutakhir

6 pemotong rumput terperangkap di terowong air

Cyberjaya: Enam pemotong rumput warga Indonesia menempuh detik cemas apabila terperangkap hampir satu jam di terowong laluan air ketika hujan lebat di Kilometer (KM), 10 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dalam kejadian jam 3.46 petang, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya Izman Adnan berkata, difahamkan, semua mangsa pada mulanya memotong rumput di kawasan tepi lebuh raya itu sebelum hujan lebat sebelum mereka ke terowong itu untuk berteduh.

“Hujan lebat mengakibatkan air di dalam terowong berkenaan naik secara mendadak menyebabkan mereka tidak sempat keluar dari situ.

“Mereka kemudian terperangkap disebabkan air naik dan ketika bomba tiba, mangsa berada di tepi tebing di dalam terowong berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, lapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit bagi menyelamatkan mereka.

Katanya, mangsa pertama dikeluarkan jam 4.25 petang sebelum semua lelaki terbabit diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

Disiarkan pada: May 7, 2017 @ 9:42am
d