mutakhir

'Saya mohon maaf pada semua'

Muar: “Saya mohon maaf kepada semua,” kata Muhammad Irshaduddin Khalis Nasuruddin, 25, selepas dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, atas kesalahan membunuh bekas tunangnya di Kluang, dua tahun lalu.

Muhammad Irshaduddin memohon maaf kepada ahli keluarga arwah Nursyafikah Ahmad Ismail yang turut berada
di pekarangan mahkamah sambil menitiskan air mata.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Irshaduddin didakwa membunuh Nursyafikah, 20, di kawasan tempat letak motosikal Pasaraya Econsave, Jalan Mersing, Kluang.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 10 April 2015, sekitar jam 5.40 hingga 5.45 petang menyebabkan dia disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pesuruhjaya Kehakiman, Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh.

Disiarkan pada: May 8, 2017 @ 10:01am
d