mutakhir

Lengkapi kehidupan anda dan keluarga dengan perlindungan oleh BSN

Oleh Hamizah Badiran

Jika anda sedang mencari polisi Insurans dan Takaful untuk melindungi masa depan anda mahupun keluarga anda, Bank Simpanan Nasional (BSN) adalah pilihan yang tepat sekali.

Apatah lagi kini BSN sedang giat mengadakan kempen 'Riuhkan Sambutan dengan BSN' yang membolehkan pelanggan memenangi pelbagai hadiah menarik seperti baucar dan kad hadiah petrol, pakaian, hiasan rumah dan membeli-belah apabila anda memohon produk-produk seperti Pembiayaan Peribadi BSN MyRinggit/i; Skim Perumahan Belia BSN MyHome/i; Pembiayaan BSN MyAuto/i serta Insurans dan Takaful.

BSN melalui produk Insurans dan Takaful menyediakan pelbagai pakej perlindungan yang praktikal, mudah dan mampu milik dalam melengkapi kehidupan yang lebih terjamin. BSN mempunyai lebih daripada 275 kakitangan berpengalaman yang bergelar ‘specialist’ di seluruh negara bagi memberi khidmat nasihat perancangan Insurans dan Takaful kepada pelanggan.

BSN bekerjasama dengan Gibraltar BSN dan PruBSN yang merupakan pengunderait bagi pakej perlindungan yang berasaskan konvensional dan takaful.

Antara produk-produk Insurans dan Takaful BSN adalah Giro Takaful Premier, Giro Takaful Impian dan ‘Don’t Worry’ yang meliputi pakej perlindungan asas yang lengkap.

Naib Presiden Kanan/Ketua Distribution BSN, Akhsan Zaini berkata, “Kita tidak tahu bila musibah akan menimpa. Justeru, sebelum perkara yang tidak diingini berlaku, lebih elok sekiranya kita sediakan payung sebelum hujan.”

"Dalam situasi ini, kadangkala seseorang yang muda dan sihat, diserang sakit kronik atau kemalangan tanpa dijangka sehingga kehilangan upaya untuk bekerja. Di sinilah Insurans dan Takaful memainkan peranan dalam memberikan perlindungan kepada seseorang itu," katanya.

Menurutnya, BSN sentiasa komited meningkatkan jumlah pemilikan polisi Insurans dan Takaful dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai persediaan kewangan masa depan yang lebih terjamin jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Bagi anda yang belum mempunyai perlindungan Insurans atau Takaful, mohon sekarang dan berpeluang menyertai kempen 'Riuhkan Sambutan dengan BSN' yang menawarkan baucar atau kad hadiah membeli-belah bernilai RM200 di Jakel dan Mydin, mengisi petrol di Petronas, tambah nilai kad Touch n Go dan hiasan rumah SSF Home Deco, hanya untuk 300 pelanggan pertama yang lulus permohonan bagi mana-mana produk kempen yang dipohon. Kempen ini diadakan bermula 17 April sehingga 19 Mei 2017 dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan).

Menerusi inisiatif memberi semula kepada pelanggan, BSN berharap ia dapat menggembirakan orang ramai terutamanya menjelang perayaan yang bakal kunjung tiba.

Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini BSN dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai BSN, kempen serta produk yang ditawarkan di laman web www.mybsn.com.my dan Facebook, BSN Malaysia. Mari bersama-sama riuhkan sambutan dengan BSN!

Disiarkan pada: May 8, 2017 @ 10:12am
d