mutakhir

Lancar GERAH cegah rasuah [METROTV]

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

LEBIH 2,000 anggota dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di seluruh negara akan dikerahkan bertemu masyarakat setiap Isnin pertama setiap bulan menerusi Gerakan Revolusi AntiRasuah (GERAH).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, GERAH adalah satu gerakan sosial untuk mengajak masyarakat membenci dan menolak gejala rasuah di negara ini.

Beliau berkata, pegawainya akan turun padang bertemu masyarakat secara serentak mulai bulan ini bagi menjalinkan rangkaian kerjasama agar rakyat sentiasa bersama SPRM dalam menolak rasuah.

"Setiap bulan, kami menjangkakan sesi berkenaan akan memberi manfaat kepada lebih 20,000 rakyat," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Katanya, pihaknya juga akan melancarkan satu kempen dikenali 3J iaitu 'Jangan Hulur, Jangan Kawtim dan Jangan Settle' yang akan dilaksanakan dengan kerjasama agensi media di negara ini.

Disiarkan pada: May 8, 2017 @ 10:57am
d