mutakhir

Pengurus besar, isteri dibebaskan [METROTV]

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

PENGURUS besar anak syarikat milik Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) bersama isterinya yang disyaki menyaalah guna kuasa dan rasuah bernilai RM600,000 dilepaskan daripada tahanan reman oleh Mahkamah Majistret di Putrajaya, hari ini.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman membenarkan kedua-dua suspek dibebaskan hari ini masing-masing dengan wang jaminan RM20,000 dan seorang penjamin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lagi mengemukakan permohonan melanjutkan reman.

Kedua-dua mereka sebelum ini ditahan reman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret bagi membantu siasatan mengikut seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 selepas disyaki meluluskan beberapa projek pembekalan bas, alat ganti bas dan pembaikan bas dan dipercayai sudah mengambil wang rasuah kira-kira RM500,000 sejak 2013 menerusi beberapa projek yang dilaksanakan atas penyeliaannya.

Disiarkan pada: May 8, 2017 @ 12:01pm
d