mutakhir

Remaja istimewa berbakat seni

Melaka: “Saya tak pernah menganggap diri sebagai orang kurang upaya (OKU) sebaliknya menggunakan bakat dalam bidang lukisan dan kemahiran untuk merealisasikan impian belajar di kolej.”

Begitu pegangan hidup dikongsi penuntut semester empat Diploma Senireka Grafik Berkomputer Kolej Cosmopoint Melaka (KCM), Fathurrahman Aiman Othman, 19, yang cacat dari bahagian pinggang ke bawah sejak lahir.

Remaja berkenaan yang lebih mesra disapa Aiman berkata, impian melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej disematkan di dalam diri sejak di bangku sekolah kerana memiliki kemahiran dalam bidang lukisan biarpun menyedari kecacatan dialami.

“Saya memang meminati bidang lukisan sejak berusia lima tahun, tetapi bakat itu mula terserlah ketika sekolah menengah.

“Sebab itu, saya mencari pusat pengajian sesuai untuk mengembangkan lagi bakat lukisan. Alhamdulillah, selepas beberapa permohonan dibuat secara dalam talian akhirnya saya menerima tawaran daripada pihak KCM,” katanya ketika ditemui di kolej terbabit, di sini.

Hadir sama, Ketua Ekse kutif KCM Mazvin Jahabardeen, Ketua Jabatan Operasi Ilmie Sabtu dan Ketua Jabatan Akademik Hariaty Mansor.

Menurut Aiman, antara sumbangannya dalam bidang seni lukis yang menjadi kebanggaannya adalah projek lukisan mural untuk Dewan Serambi Ilmu di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, lukisan mural di Studio Multimedia, Lounge Penuntut (Student Lounge) dan ruang permainan dalaman untuk rakan komuniti di KCM.

Disiarkan pada: May 8, 2017 @ 12:25pm
d