mutakhir

Angkara nafsu amarah...

Oleh Muhamaad Razis Ismail

SEORANG jurujual dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini terhadap tuduhan merogol seorang remaja perempuan, Jun tahun lalu.

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Muhammad Faris Aiman Amran, 18, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 30 Jun 2016.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 19 tahun sembilan bulan di sebuah rumah di Bukit Marak, Bachok pada jam 4.20 petang, 27 Jun 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Disiarkan pada: May 9, 2017 @ 4:49pm
d