mutakhir

Golongan muda bersama UMNO

Oleh Safuri Kamarudin

KONVOI Bendera UMNO sempena Hari Ulangtahun ke-71 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Baling berlangsung dengan meriah hari ini apabila disertai lebih daripada 200 peserta.

Acara dimulakan di hadapan Masjid Ridzuaniah Baling berkonvoi dengan menaiki motosikal sejauh 120 kilometer berakhir di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak.

Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ketika melepaskan peserta konvoi itu turut melahirkan rasa gembira kerana ramai golongan muda menyertainya.

"Kesungguhan mereka memberikan gambaran bahawa anak muda hari ini sedia menyahut cabaran untuk meneruskan perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara.

"Bagi memastikan parti terus relevan untuk selamanya, parti ini perlu mendekati golongan muda yang bakal memegang tampuk kepimpinan negara," katanya ketika berucap meraikan peserta konvoi di hadapan Masjid Baling, hari ini.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang Datuk Harun Abdul Aziz dan Ketua Pemuda UMNO bahagian Mohd Noor Mohd Amin.

Disiarkan pada: May 9, 2017 @ 5:16pm
d