mutakhir

Tragedi tukar tayar [METROTV]

Oleh Rosli Ilham

BURUH operasi syarikat maut selepas dirempuh treler di kilometer 360.5 Lebuhraya Pantai Timur2 (LPT2), dekat Bukit Besi, hari ini.

Dalam kemalangan 5. 30 pagi, Mohd Zalaini Mohd Shafee, 31, maut di tempat kejadian.

Ketika kejadian, mangsa bersama rakannya Mohamad Abdul Azhim Suhairi, 18, dalam perjalanan dari Kuala Terengganu untuk pulang ke Kemaman.

Setibanya di tempat kejadian, tayar hadapan kereta mangsa mengalami kerosakan.

Mangsa dikatakan sedang menukar tayar terbabit sebelum treler dari arah yang sama merempuh kereta mangsa.

Dalam masa yang sama treler terbabit turut merempuh dan mengilis mangsa.

Ketua Polis daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian itu.

Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: May 10, 2017 @ 10:45am
d