mutakhir

Mangsa banjir Temerloh meningkat

Oleh BERNAMA

JUMLAH mangsa banjir di Temerloh setakat 9 pagi ini meningkat kepada 116 orang berbanding 96 orang malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Zainal Yusoff berkata, kesemua mangsa adalah penduduk dari Kampung Pasu, Kuala Krau, Kuala Gandah dan Kampung Asli Sungai Enggang.

"Mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara iaitu di Surau Kampung Penderas (15 orang), Dewan Orang Ramai Kampung Pasu (64 orang) dan Surau Sok Mek (21 orang).

"Enam belas orang lagi dari Kampung Orang Asli Sungai Enggang yang turut terjejas dengan kejadian banjir ini berpindah ke rumah saudara mara," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, keadaan banjir di Kampung Pasu, Penderas, Kuala Krau semakin pulih dan air telah surut di kebanyakan tempat.

Zainal berkata, pusat pemindahan dijangka ditutup tengah hari ini sekiranya keadaan bertambah baik.

Disiarkan pada: May 10, 2017 @ 11:40am
d