mutakhir

Kakitangan MPK maut kemalangan

Oleh Siraj Mohd Zaini

KAKITANGAN Majlis Perbandaran Klang (MPK) maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di Kilometer (KM) 24.3 Lebuhraya KESAS dari arah Pelabuhan Klang ke Shah Alam, hari ini.

Dalam kejadian 3.50 pagi itu, mangsa, Ismail Mohammed Rosli, 31, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, siasatan polis mendapati mangsa dipercayai memandu kereta dalam keadaan laju sehingga hilang kawalan.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat dibawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Disiarkan pada: May 10, 2017 @ 12:29pm
d