mutakhir

Jumpa mayat di Sungai Langat

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

MAYAT lelaki ditemui hanyut di Sungai Langat di Bangi berhampiran jambatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, 9 pagi hari ini.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu sebelum sembilan anggota bersama tiga jentera Balai Bomba dan Penyelamat Bangi dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Mayat itu terapung berhampiran tebing sungai. Pemeriksaan tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri," katanya.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Disiarkan pada: May 10, 2017 @ 3:36pm
d