mutakhir

Mohon bantu Mariyam

Oleh Norizzah Baharudin

IBU bapa remaja orang kurang upaya (OKU) fizikal Mariyam Mohd Hirwan, 14, memohon ihsan orang ramai untuk membantu mereka membiayai kos pembedahan remaja itu yang dijadualkan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, Selasa depan.

Keluarga itu memerlukan sebanyak RM40,000 bagi membiayai kos pembedahan berkenaan.

Ibu remaja itu, Foziah Abd Samad, 39, berkata, anak sulung dari empat beradik itu perlu menjalani pembedahan kerana masalah jantung berlubang dan saluran pernafasan sempit.

“Kekangan kewangan menyebabkan saya dan suami terpaksa menangguhkan pembedahan ke tarikh lain. Setakat ini kami tidak ada tabungan untuk biayai kos pembedahan Mariyam," katanya yang ditemui di Melaka, hari ini.

Menurutnya, wang simpanan dia dan suami, Mohd Hirwan Ne'amat, 37, yang bekerja sebagai pemandu lori sudah dihabiskan digunakan untuk membiayai kos dua pembedahan Mariyam sebelum ini bagi mengatasi masalah saluran pernafasan sempit.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0412629000100273 atau menghubungi talian 017-3708780.

Disiarkan pada: May 10, 2017 @ 7:06pm
d