mutakhir

43 PATI ditahan di tiga tapak pembinaan

Oleh Zaid Salim

SERAMAI 43 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Ikrar di sekitar bandar Chukai, hari ini.

PATI itu membabitkan 42 warga Indonesia dan seorang Myanmar ditahan dalam operasi selama tujuh jam bermula 10 pagi.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu Azlinawati Mohd Zulbi berkata, operasi membabitkan tiga lokasi tapak pembinaan di Kampung Dusun Nyior, Binjai dan Bukit Mentok.

“Operasi dilakukan berdasarkan aduan orang awam dan unit risikan JIM Terengganu.

“Seramai 78 pekerja asing diperiksa sebelum 43 daripadanya ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Semua ditahan berusia antara 19 hingga 48 tahun dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Ajil Kuala Berang untuk siasatan lanjut.

Disiarkan pada: May 10, 2017 @ 8:33pm
d