mutakhir

Mayat di tepi sungai

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Jitra: Mayat lelaki ditemui dalam keadaan berulat di tepi sungai berhampiran gerai makan di Kampung Golok Puting, Lana Bulu, Ayer Hitam, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat lelaki itu pada jam 3.40 petang oleh orang ramai yang melalui kawasan berhampiran sungai berkenaan.

"Mayat ditemui dalam keadaan berulat dan berpakaian lengkap tanpa kasut di bahagian tebing sungai yang rendah sedikit dari bahu jalan kawasan berkenaan.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai berusia sekitar 40-an dan setakat ini masih belum dikenal pasti identiti, bangsa serta kewarganegaraannya namun kita sudah pun mengambil cap jari mangsa untuk mengenal pasti identitinya," katanya kepada Harian Metro.

Mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Disiarkan pada: May 10, 2017 @ 10:07pm
d