mutakhir

Mati tertiarap dalam replika bot

Oleh myMetro

Kuching: Seorang lelaki berusia 66 tahun ditemui mati dalam replika bot di Pasar Sungai Apong di sini, jam 2.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, mayat Vong Hua Tung ditemui dalam keadaan tertiarap oleh orang awam di pasar berkenaan.

“Orang awam mengejutkan mangsa namun tiada tindak balas. Kami dimaklumkan kejadian itu sebelum bergegas ke lokasi.

“Pemeriksaan mendapati mangsa lengkap berpakaian dan tiada unsur jenayah membabitkan kematiannya,” katanya, semalam.

Menurut Abang Ahmad, mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Kuching untuk bedah siasat dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Disiarkan pada: May 11, 2017 @ 3:50am
d