mutakhir

Pusat pembiayaan kenderaan serba lengkap di BSN

Oleh Hamizah Badiran

Sama ada kereta buatan tempatan mahupun luar negara, memiliki sebuah kereta atau menukarnya kepada yang baru pasti menjadi impian setiap orang.

Apatah lagi bagi yang sudah berkeluarga, semestinya mahu memberikan keselesaan kepada anak-anak tatkala keluar menghantar ke sekolah, pergi bercuti dan pulang ke kampung ketika musim perayaan.

Justeru, apa kata anda ke Bank Simpanan Nasional (BSN) yang sentiasa bersedia menerima kunjungan orang ramai untuk mendapatkan pembiayaan sewa beli (hire purchase) melalui 'Automobile Financing Centre' BSN (AFC BSN) bagi membantu pelanggan mendapatkan pembiayaan kenderaan mereka.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Distribution BSN, En Akhsan Zaini berkata, seperti syarikat perbankan lain, BSN juga sangat kompetitif dalam menawarkan pembiayaan sewa beli kepada orang ramai sama ada daripada sektor awam, swasta atau golongan profesional yang layak.

"AFC BSN menawarkan pembiayaan sewa beli yang efisien setanding institusi kewangan lain dan pelanggan boleh mendapatkan pembiayaan kereta idaman mereka menerusi empat AFC kami iaitu di Wisma RKT, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur; Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor; Wisma Muafakat Johor Bahru, Johor dan Bandar Perda, Pulau Pinang."

"AFC BSN menawarkan pakej pembiayaan sewa beli secara konvensional dan Islamik dengan terma yang menarik. Kakitangan kami komited membantu menyelesaikan proses pembiayaan kenderaan dan AFC BSN adalah pusat sehenti bagi menguruskan permohonan pembiayaan sehingga diluluskan dan seterusnya pembayaran kepada pengedar kenderaan yang berkenaan," katanya.

Kemudahan Pembiayaan BSN MyAuto/i menawarkan kadar faedah/keuntungan yang kompetitif selain proses pembayaran balik pembiayaan yang mudah dan efisien di mana ia boleh dilakukan di lebih 400 cawangan BSN atau melalui mesin ATM/CDM BSN di seluruh negara.

Tambah menggembirakan, jika anda memilih untuk melakukan pembiayaan sewa beli kenderaan di BSN dari 17 April hingga 31 Mei 2017 ini, anda mungkin di antara 300 pelanggan pertama yang diluluskan permohonan pembiayaan dan akan memenangi baucar atau kad hadiah membeli-belah bernilai RM200 di Jakel dan Mydin, mengisi petrol di Petronas, tambah nilai kad Touch n Go dan hiasan rumah di SSF Home Deco.

Tawaran menarik ini adalah bersempena kempen 'Riuhkan Sambutan dengan BSN' di mana penyertaannya terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan).

Orang ramai boleh menyertainya dengan mengunjungi mana-mana cawangan BSN berdekatan.

Selain Pembiayaan BSN MyAuto/i, produk lain yang terbabit dalam kempen ini adalah Pembiayaan Peribadi (BSN MyRinggit/i); Skim Perumahan Belia (BSN MyHome/i) serta Takaful/Insurans.

Selain itu, BSN turut aktif dengan kempen sedia ada iaitu kempen pembiayaan 'Realisasikan Impian Anda', kempen kad kredit 'Happy Bermula Di Sini' dan 'BSN SSP: Kempen 12 Jutawan’.

Terdapat pelbagai lagi aktiviti dan segmen menarik sempen kempen ‘Riuhkan Sambutan dengan BSN’ yang bakal menjanjikan pelbagai hadiah istimewa terutamanya menjelang musim perayaan akan datang.

Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini BSN dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai BSN, kempen serta produkditawarkan di laman web www.mybsn.com.my dan Facebook, BSN Malaysia. Mari sama-sama riuhkan sambutan dengan BSN!

Disiarkan pada: May 11, 2017 @ 9:09am
d