mutakhir

Hantar pulang ke Turki sahaja

Oleh Siti Fatimah Hassan

Putrajaya: Tiga warga Turki yang ditahan polis pada 2 Mei lalu selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti mengancam keselamatan negara hanya akan diserah balik ke negara asal mereka.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan diserahkan kepada pihak polis untuk penghantaran pulang ketiga-tiga lelaki terbabit.

"Isteri dan anak-anak mereka tidak perlu khuatir kerana kita akan terus berunding dengan Kedutaan Turki.

"Kita hanya akan menghantar mereka ke negara asal dan bukan ke negara lain. Itu bukan tugas kita, kenapa perlu membebankan negara lain," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal yang menyiarkan luahan isteri seorang warga Turki terbabit, Turgay Karaman yang mahu supaya suaminya dihantar ke negara lain selain Turki berikutan bimbang akan diseksa di sana.

Disiarkan pada: May 11, 2017 @ 12:42pm
d