mutakhir

Guna kondo mewah simpan dadah

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

JABATAN Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket dadah didalangi lelaki Singapura.

Pihak berkuasa turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM8. 5 juta bersama harta sitaan RM1.4 juta dalam beberapa siri tangkapan pada 6 Mei lalu di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Kejayaan itu hasil kerjasama dan risikan antara JSJN, Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Biro Narkotik Pusat Singapura (CNB) dan Badan Narkotika Nasional Indonesia (BNN).

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata sindiket itu yang menggunakan kondominium mewah di Damansara Perdana sebagai tempatan simpanan dadah sebelum dieksport ke Indonesia.

Katanya, hasil operasi khas bermula 2.45 petang hingga 6. 30 petang pada hari berkenaan, pihaknya menahan enam suspek iaitu dua lelaki Singapura dan empat rakyat tempatan termasuk dalang utamanya berusia 32 hingga 58 tahun.

"Hasil penahanan itu, kami merampas pelbagai jenis dadah termasuk syabu, ketamin, pil ecstasy dan pil Eramin 5 selain menyita tujuh kenderaan mewah, pelbagai mata wang dan 11 jam tangan mewah bernilai RM10 juta secara keseluruhannya.

"Semua suspek ditahan reman hingga 13 Mei ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, " katanya pada sidang media, hari ini.

Disiarkan pada: May 11, 2017 @ 3:12pm
d