mutakhir

Mangsa banjir meningkat

Oleh Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman

SERAMAI 717 mangsa banjir ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Temerloh sehingga 5 petang, hari ini.

Sebelum ini jumlah mangsa dipindahkan ke tiga pusat berkenaan dilaporkan seramai 119 orang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Mentakab Mohd Kamarudin Mohd Saufi berkata, walaupun berlaku penambahan mangsa, namun pusat pemindahan dibuka masih kekal tiga.

"Sehingga 5 petang tadi jumlah mangsa di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kapor dilaporkan seramai 226 orang.

"SK Desa Bakti 484 mangsa dan surau Kampung Bongsu pula tujuh mangsa ," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Kamarudin berkata, jambatan menghubungkan simpang utama Mempatih ke Kampung Jergoh yang rosak akibat ditenggelami air sejak Selasa lalu sudah boleh dilalui selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah melakukan pembaikan hari ini.

"Hari ini JKR sudah melakukan pembaikan selepas air didapati surut.

"Penduduk yang sebelum ini dilaporkan terputus hubungan sudah boleh melalui jambatan itu," katanya.

Disiarkan pada: May 11, 2017 @ 9:39pm
d