mutakhir

Seorang maut, tiga selamat

Oleh Azlan Hafeedz

LELAKI maut manakala tiga lagi terselamat selepas dua kenderaan bertembung di Kilometer 22.5, Jalan Melawi - Kuala Besut dekat Kampung Semerak, Pasir Puteh, hari ini.

Dalam kejadian 2.15 petang,  Mohd Jeffre Ibrahim, 27, yang memandu kereta jenis BMW meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Anis (HTA).

Manakala, pemandu serta dua penumpang menaiki pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Abdul Rozak Muhamad berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa sendirian dari arah Kuala Besut gagal dikawal dan memasuki laluan bertentangan.

"Mangsa kemudian bertembung dengan pacuan empat roda dipandu Teh Kun Hua,30, dari arah Bachok menyebabkan kereta mangsa berpusing dan pacuan empat roda tersangkut di penghadang jalan.

"Mangsa tersepit di tempat duduk, dikeluarkan dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, manakala pemandu dan penumpang pacuan empat roda tidak cedera," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke HTA dan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Disiarkan pada: May 12, 2017 @ 11:22pm
d