mutakhir

Jalan sesak 8 jam lori terbalik

Oleh myMetro

Tapah: Pengguna lebuh raya menempuh kesesakan lebih 12 kilometer (km) selepas lori muatan kayu pelet terbalik menghalang semua lorong arah utara di Kilometer 324.2 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Tapah, di sini, pagi semalam.

Difahamkan, nahas jam 6.30 pagi itu turut mengakibatkan pengguna lebuh raya menempuh kesesakan hampir lapan jam sebelum lori berkenaan dialihkan dan semua lorong dibuka semula jam 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, lori berkenaan dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan.

Katanya, lori itu turut melanggar penghadang jalan sebelah kiri sebelum terbalik ke lorong kanan dan merintangi laluan arah utara itu.

“Polis menahan pemandu lori berkenaan berusia 27 tahun dan merakam percakapannya serta melakukan ujian air kencing,” katanya.

Disiarkan pada: May 14, 2017 @ 2:56am
d