mutakhir

5,329 pelatih ditawar latihan teknikal

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

SERAMAI 5,329 daripada keseluruhan 6,389 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 Kumpulan 1 Siri 14/2017 yang menamatkan siri latihan di seluruh negara hari ini ditawarkan mengikuti latihan kemahiran teknikal di beberapa Institut Latihan Kemahiran Awam (IKLA) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS).

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata, lebih 83 peratus daripada pelatih berkenaan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran masing-masing menerusi PLKN Fasa 2 yang menyediakan peluang latihan dan kejayaan dalam industri.

Beliau berkata, kesemua mereka bersetuju menerima tawaran latihan kemahiran berkenaan selepas menghadiri Hari Kerjaya PLKN 2.0 yang diadakan di 27 kem PLKN pada 15 April lalu.

"Setiap tahun, 20,000 pelatih PLKN terpilih menyertai latihan menerusi tiga siri latihan. Saya difahamkan sebanyak 20,000 kuota latihan kemahiran di ILKA dan IKLS disediakan untuk pelatih berminat menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup PLKN Kumpulan 1 Siri 14/2017 di Kem PLKN Princess Heliza di Sepang, hari ini.

Katanya, 27 Kem PLKN mengadakan majlis penutup serentak di seluruh negara hari ini.

Disiarkan pada: May 14, 2017 @ 3:05pm
d