mutakhir

'Terima kasih sokong Hoben Jang Hoben'

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

BIARPUN gagal ke pentas akhir Piala FA, peminat setia pasukan bola sepak Negeri Sembilan, Salinah Asarulah Khan, 34, tetap akan memberikan 100 keping roti canai percuma di kedainya di Bandar Seri Jempol, pagi esok.

Salinah berkata, roti canai terbabit diberi sebagai penghargaan kepada peminat yang menyokong pasukan negeri.

"Sebelum ini saya berjanji memberikan diskaun 50 sen jika skuad Hoben Jang Hoben melangkah ke final. Jika menjulang piala FA, saya berjanji memberikan roti canai percuma mengikut jumlah jaringan gol," katanya.

Menurut Salinah, walaupun terkandas, dia bermurah hati memberikan 100 keping roti canai percuma yang berperisa jagung, strawberi dan nenas. Ia berwarna merah dan kuning.

"Selain 100 keping roti canai untuk bola sepak, 50 keping lagi akan diberikan kepada wanita yang meraikan Hari Ibu pada hari ini," katanya.

Disiarkan pada: May 14, 2017 @ 3:29pm
d