mutakhir

Merealisasikan pemilikan rumah pertama anda

Oleh Hamizah Badiran

Berpeluang memiliki rumah sendiri pasti menjadi impian kita terutamanya golongan belia. Namun, disebabkan beberapa kekangan antaranya seperti masalah mendapatkan pinjaman perumahan, harga hartanah yang semakin meningkat, kos sara hidup tinggi dan sebagainya membantutkan keinginan itu.

Naib Presiden Kanan/Ketua Distribution Bank Simpanan Nasional (BSN), Akhsan Zaini berkata pengurusan kewangan yang bijak adalah kunci utama bagi membantu pembeli untuk mendapatkan kediaman mereka. Melalui pengurusan kewangan serta pemilihan hartanah yang efektif mengikut kemampuan diri, para pembeli tidak akan terbeban dengan krisis kewangan dalam kehidupan seharian mereka walaupun mempunyai tanggungan bulanan yang lain.

"Kajian mendapati golongan yang sangat memerlukan bantuan dalam pemilikan kediaman adalah terdiri daripada mereka yang sudah berkahwin dan berusia antara 25 hingga 40 tahun. Kumpulan itu didapati layak untuk memiliki rumah sendiri tetapi tidak mampu membiayai kos-kos sampingan seperti bayaran wang deposit 10 peratus, kos guaman dan lain-lain," katanya.

Menurut Akhsan, bagi mengatasi masalah itu, pelbagai inisiatif dan skim diperkenalkan oleh kerajaan menerusi beberapa mandat yang disalurkan melalui institusi perbankan tempatan seperti BSN.

"Contohnya, BSN menerusi Skim Perumahan Belia (SPB) dengan kerjasama Cagamas Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diwujudkan bagi membantu pasangan berkahwin berusia 25 hingga 40 tahun memiliki rumah pertama dengan pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM10,000 serta harga rumah di bawah RM500,000.00. Skim berkenaan adalah inisiatif bersepadu yang diperkenalkan kerana ia bukan sahaja membantu pasangan muda untuk memiliki rumah, malah ia adalah peluang terbaik untuk direbut ketika ini," katanya.

Setakat ini, tiada skim perumahan lain yang menawarkan kemudahan sepertinya iaitu 100% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik bagi hartanah di bawah RM300,000 dan perjanjian pembiayaan, bantuan ansuran bulanan untuk tempoh 2 tahun dan lain-lain lagi.

Bersempena kempen 'Riuhkan Sambutan dengan BSN' yang sedang giat dijalankan, pelanggan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti baucar dan kad hadiah petrol, pakaian, hiasan rumah dan membeli-belah apabila mereka memohon produk-produk seperti Pembiayaan Peribadi (BSN MyRinggit/i); Skim Perumahan Belia (BSN MyHome/i); Pembiayaan BSN MyAuto/i dan Takaful/Insurans.

Justeru, segeralah mohon sekarang dan berpeluang menyertai kempen ini untuk memenangi baucar atau kad hadiah membeli-belah bernilai RM200 di Jakel dan Mydin, mengisi petrol di Petronas, tambah nilai kad Touch n Go dan hiasan rumah di SSF Home Deco. Tawaran menarik ini hanya bagi 300 pelanggan pertama yang lulus permohonan bagi mana-mana produk kempen yang dipohon.

Kempen berkenaan diadakan dari 17 April 2017 sehingga 31 Mei 2017 dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan).

Menerusi inisiatif dalam memberi semula kepada pelanggan, BSN berharap ianya dapat menggembirakan orang ramai lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan yang bakal kunjung tiba kerana melalui kempen ini, pelbagai lagi hadiah serta aktiviti menarik bakal menanti para pelanggan sehingga Jun 2017

Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini BSN dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai BSN, kempen serta produk yang ditawarkan di laman web www.mybsn.com.my dan Facebook, BSN Malaysia. Mari sama-sama riuhkan sambutan dengan BSN!

Disiarkan pada: May 15, 2017 @ 10:27am
d