mutakhir

Gintell galak gaya hidup masyarakat lebih sihat

Putrajaya: Gintell Malaysia menawarkan pakej beli satu percuma satu bermula harga RM4,988 bagi kesemua rangkaian produknya, sempena Hari Ibu yang disambut, semalam.

Gintell yang terkenal sebagai pengeluar produk berkualiti tinggi dan peruncit antarabangsa dalam industri kerusi urut dianugerahkan ‘Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan Terbesar’ oleh Malaysia Book of Record dengan lebih 100 cawangan di seluruh Malaysia.

Semalam, pengunjung IOI City Mall, Putrajaya bertuah apabila berpeluang beramah mesra selama hampir sejam dengan artis terkenal antarabangsa, Simon Yam yang hadir bagi mempromosikan produk terbaru kerusi urut, Gintell De’ Space U.F.O.

Lebih 200 pengunjung hadir memeriahkan sesi bersama pelakon terkenal berasal dari Hong Kong itu.

Simon berkata, kehadirannya bukan hanya untuk mempromosikan produk terbaru Gintell sebaliknya memeriahkan sambutan Hari Ibu bersama peminatnya di Malaysia.

Menurutnya, sebagai seorang anak, mereka perlu mengambil berat kesihatan ibu masing-masing justeru, hadiahkanlah ibu sebuah kerusi urut yang dapat membantu melegakan keletihan dan tekanan ibu.

“Orang ramai kini sibuk mengejar kehidupan dan mengalami tekanan tinggi, justeru kerusi urut Gintell menjanjikan kesihatan secara menyeluruh dengan ciri-ciri teknologi unik dan inovatif yang diperlukan untuk merehatkan badan,” katanya.

Disiarkan pada: May 15, 2017 @ 1:30pm
d