mutakhir

Tuah cipta 'projek lilin'

Oleh Siti Fatimah Nasir

Kuala Lumpur: Empat murid Sekolah Kebangsaan Sultan Muhammad Shah, Parit, Perak memenangi pingat perak dalam kategori World Young Inventors Exhibition 2017 (WYIE 2017) di Pameran Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2017) di Menara Berkembar Kuala Lumpur yang berlangsung pada 11 hingga 13 Mei lalu.

Murid yang memenangi anugerah itu Wani Irdina Muhammad Razak, Putri Amisya, Muhammad Nurrojulul Mulha Al Fateh dan Muhammad Azib Fariduddin, masing-masing berusia lapan tahun.

Wani Irdina berkata, itu kali pertama dia dan rakan bertanding di peringkat antarabangsa dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Saya bersyukur atas kejayaan diraih dan berterima kasih kepada keluarga serta guru kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam bidang ini.

“Di pameran itu, saya dan rakan mencipta projek kitaran haba yang terhasil dari lilin untuk menjana kipas,” katanya.

Pameran ITEX 2017 disertai 1,000 penyelidik daripada 22 negara antaranya Bahrain, China, Mesir, England, Jerman, Hong Kong, Indonesia, Iran, Korea, Kuwait, Oman, Filipina, Polland, Qatar, Romania, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Taiwan, Sri Lanka, Thailand, Turki, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam.

Disiarkan pada: May 16, 2017 @ 4:40am
d