mutakhir

Ayah dah seminggu tak pulang

Oleh myMetro

Seremban: “Saya tidak dapat tidur memikirkan keselamatan ayah, malah bimbang perkara buruk menimpanya kerana sudah seminggu ayah tidak pulang ke rumah,” kata Rohayu Chek Ros, 38, yang buntu selepas usaha mencari bapanya yang hilang sejak minggu lalu, masih gagal.

Sebelum itu, lelaki berkenaan Chek Ros Omar, 77, yang menghidap Alzheimer sejak lima tahun lalu dikatakan keluar rumah di FELDA Palong 7, Jempol, jam 8.30 pagi pada 8 Mei lalu.

Rohayu berkata, bapanya dilihat ibu keluar rumah dengan memakai baju-T berbelang biru, seluar hitam dan memakai kopiah serta bercermin mata.

“Sudah menjadi rutinnya setiap hari bersiar-siar di kawasan kampung kerana ayah akan berjalan mengelilingi kampung dan berjumpa penduduk serta akan pulang semula beberapa jam kemudian.

“Saya syak ayah sudah keluar dari daerah ini kerana sekiranya dia masih berlegar-legar di kawasan sekitar pasti penduduk akan membantu menghantarnya kerana mereka mengetahui penyakit ayah.

Rohayu berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bapa dapat menghubunginya di talian 013-7455537 atau kakaknya Rozita di talian 017-8707520.

Disiarkan pada: May 16, 2017 @ 5:31am
d