mutakhir

'Kalau aku bukan guru'

Oleh Mohd Khidir Zakaria

MEMILIH tema 'Kalau Aku Bukan Guru' menjadikan sambutan Hari Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yam Tuan Radin, Port Dickson, hari ini, meriah apabila para guru menggayakan pakaian mengikut kerjaya pilihan mereka.

Seramai 90 guru mengenakan pelbagai jenis pakaian seragam seperti polis, bomba, tentera, doktor, jururawat, juruterbang dan pramugari.

Pengetua SMK Yam Tuan Radin, Arif Afandi Ariffin berkata, seramai 1,200 pelajar meraikan sambutan itu yang diadakan di perkarangan sekolah dengan pelbagai acara menarik termasuk sukaneka.

"Antara acara yang diaturkan termasuk hadiah untuk cikgu, sukaneka dan lakonan.

"Tema 'Kalau Aku Bukan Guru' menjadikan sambutan lebih meriah kerana guru mengenakan pelbagai pakaian mengikut kerjaya pilihan mereka sekiranya tidak menjadi guru," katanya ketika ditemui selepas sambutan itu, hari ini.

Disiarkan pada: May 16, 2017 @ 1:38pm
d