mutakhir

Tidak ada kompromi

Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin

KEMENTERIAN Dalam Negeri tidak akan berkompromi dengan 16 pegawai kanan polis yang terbabit dengan sindiket pengedaran dadah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan gejala negatif mudah masuk ke sistem persekolahan.

Katanya, perbuatan itu juga menyebabkan gejala seperti gangsterisme, kongsi gelap, pengedaran dadah di sekolah.

"Adakah sistem sekolah kita salah? Adakah sistem geopolitik kita salah? Semua pihak harus bertanggungjawab, sekolah tidak patut dipersalahkan, sistem sekolah tidak patut dipersalah, ibu bapa pelajar tidak patut dipersalahkan.

“Saya tidak akan berkompromi dengan perkara ini. Harapkan pegar, pegar makan padi," katanya berucap merasmikan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-46 di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, Johor, hari ini.

Jumaat lalu, 16 pegawai polis termasuk pegawai kanan ditahan dan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA kerana terbabit dalam sindiket pengedaran dadah.

Disiarkan pada: May 16, 2017 @ 2:38pm
d