mutakhir

Cari waris Teh Choong

Oleh Nabihah Kamal 

 

HAMPIR tiga minggu terlantar di wad di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras akibat diserang angin ahmar, namun waris Teh Choong, 66, sehingga kini masih gagal dikesan. 

Choong sebelum ini dibawa ke wad kecemasan HCTM dengan ambulans, 24 April lalu selepas jirannya menghubungi talian kecemasan sejurus melihat dia terbaring di koridor rumahnya di flat Segar Perdana, Taman Segar Perdana, Cheras. 

Pegawai Perhubungan Awam HCTM Khairul Annuar Baki berkata, selepas lelaki itu dimasukkan di wad di HCTM, pihaknya gagal mengesan waris warga emas itu. 

"Tiada waris yang boleh kami rujuk untuk pengurusan rawatan pesakit ini. 

"Sesiapa yang mengenali pesakit itu boleh merujuk kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Siti Zaila Husin ditalian 03-9145 5769/7880/5767," katanya.

Disiarkan pada: May 16, 2017 @ 5:35pm
d