mutakhir

Tiga pegawai polis ditahan SPRM

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai polis dan dua orang awam kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan mengutip wang rasuah daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka, hari ini.

Tiga pegawai polis lelaki yang ditahan pada 10 pagi itu terdiri daripada dua berpangkat Asisten Superintendan dan seorang Inspektor.

Seorang orang awam yang ditahan dipercayai orang tengah kepada ketiga-tiga pegawai polis itu untuk mengutip rasuah daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut.

Difahamkan, rasuah itu dibayar sebagai wang perlindungan bagi melindungi kegiatan haram itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan tangkapan itu.

Beliau tidak menolak kemungkinan beberapa lagi tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat.

Disiarkan pada: May 16, 2017 @ 8:04pm
d