mutakhir

PPBM mahu menang kerusi di Kedah

Oleh Aizat Sharif

KEDAH adalah negeri yang menjadi tumpuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, untuk itu pelancaran jentera pilihan raya PPBM negeri diharapkan ia dapat melancarkan lagi proses bertemu rakyat.

Katanya, pelancaran jentera pilihan raya itu sebagai persediaan parti berkenaan dalam merangka strategi untuk memenangi kerusi di negeri Kedah pada PRU-14 nanti.

"Kita menyeru rakyat supaya bersama-sama dengan kami pada PRU nanti," katanya dalam ucapan semasa Program Jelajah Semarak PPBM di Bandar Darulaman malam tadi.

Hampir 3,000 orang hadir dalam program berkenaan yang turut diselangi dengan ceramah daripada ketiga-tiga pemimpin utama parti itu.

Pelancaran jentera pilihan raya PPBM itu disempurnakan pada jam 10.30 malam oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut hadir Timbalan Presiden parti itu Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas, Azman Nasrudin juga hadir

ends

Disiarkan pada: May 17, 2017 @ 11:39am
d