mutakhir

Lima pengedar dadah ditahan

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

POLIS menahan lima individu termasuk seorang wanita, kelmarin, selepas didapati aktif mengedar dadah di Puchong Jaya, Serdang sejak dua bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, suspek yang berusia antara 17 hingga 21 tahun itu ditahan dalam serbuan bermula 11 malam hingga 3 pagi kelmarin.

"Dalam serbuan itu, polis merampas pelbagai jenis dadah seperti amphetamine yang simpan dalam bungkusan serbuk minuman, ketamin, pil Erimin 5 dan pil ecstasy bernilai RM3,000.

"Siasatan mendapati bekalan dadah itu diperolehi di sekitar Lembah Klang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini, hari ini.

Katanya, suspek direman selama seminggu bermula 16 hingga 22 Mei ini untuk siasatan lanjut.

Disiarkan pada: May 17, 2017 @ 2:43pm
d