mutakhir

Tiga keluarga hilang tempat tinggal

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

TIGA keluarga hilang tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Kuala Sawah, Rantau, Seremban, tengah hari, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan 12.27 tengah hari sebelum dua jentera dengan kekuatan 15 anggota bergegas ke lokasi.

Menurutnya, seramai 12 penghuni termasuk seorang bayi lelaki berusia seminggu terselamat.

"Api dipercayai bermula dari sebuah bilik sebelum merebak ke seluruh rumah. Bomba mengambil masa sejam untuk memadamkan kebakaran itu. Rumah berkenaan musnah 100 peratus," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran dipercayai akibat sistem pendawaian tetapi punca sebenar masih dalam siasatan dan kerugian dianggarkan berjumlah RM100,000.

Disiarkan pada: May 17, 2017 @ 6:04pm
d