mutakhir

Plaza gajet lubuk PATI [METROTV]

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

SERAMAI 125 warga asing ditahan dalam Ops Ikrar Bersepadu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di dua buah plaza menjual gajet elektronik dan komputer di Jalan Imbi, hari ini.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, tindakan akan dijalankan secara berterusan bagi membendung pekerja asing tanpa izin menjalankan perniagaan secara haram.

Katanya, kebanjiran warga asing di Kuala Lumpur hingga menyebabkan nasib rakyat tempatan terancam.

"Media pun pernah melaporkan sebelum ini mengenai 'KL dijajah' warga asing dan JIM tidak pernah sesekali menghentikan operasi sebaliknya mengambil pelbagai tindakan untuk membendung masalah ini, " katanya kepada media, hari ini.

Katanya, amaran keras juga diberikan kepada semua penyewa di pusat beli belah supaya tidak menggajikan pekerja asing tanpa izin.

Disiarkan pada: May 17, 2017 @ 6:59pm
d