mutakhir

Chevron rai ulang tahun Transformers

Oleh Lizam Ridzuan

CHEVRON Malaysia Limited pengedar utama jenama bahan api Caltex di Malaysia melancarkan kempen promosi 'True Power from Within' bersempena sambutan ulangtahun ke-10 filem Transformers di Petaling Jaya, hari ini.

Promosi yang berlangsung sehingga 31 Julai 2017 ini membolehkan pengguna membeli produk terpilih daripada Havoline, Delo dan Techron layak untuk menyertai peraduan dengan Vespa sebagai hadiah utama serta barangan premium filem Transformers, StarCash dan baucar beli-belah.

Untuk yang mempunyai kad Caltex Journey dan B Infinite membolehkan mereka terpilih untuk cabutan istimewa dan mendapatkan mata ganjaran BPoints berjumlah 2,000,000.

Pengurus Perniagaan Kawasan-Kluster, Chveron Lubricants Asia Pasifik, Asim Khan berkata, selain menawarkan produk yang berkualiti kempen dan promosi ini memberikan pengguna lebih ganjaran dalam menikmati perjalanan.

"Pelbagai hadiah ditawarkan secara bulanan untuk pembelian bahan api dan minyak pelincir daripada Caltex serta dengan promosi bersama filem kelima Transformers: The Last Knight membolehkan pengguna untuk memenangi barangan eksklusif filem itu," katanya.

Dua cabutan bertuah akan dilakukan pada 4 Julai dan 10 Ogos 2017 dengan 20 vespa bakal dimenangi.

Keputusan akan diumumkan di laman web dan Facebook Caltex Malaysia.

Disiarkan pada: May 17, 2017 @ 8:39pm
d