mutakhir

Ular sawa mati sejurus diselamatkan

Oleh Noor Azurin Mohd Sharif

ULAR sawa batik sepanjang enam meter mati sejurus diselamatkan anggota bomba selepas ditemui terbelit pada jaring dijadikan pagar di depan rumah seorang petani di Jalan Salem, Sebatu, Jasin, 3.10 petang hari ini.

Reptilia dianggarkan seberat 140 kilogram (kg) itu ditemui petani Amirul Rashid Basiran berusia 20-an ketika membersihkan kawasan semak di depan rumahnya.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I Dzulkarnain Abd Halim dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.14 petang dan tiba di lokasi 18 minit kemudian.

"Kami ambil masa selamat 20 minit untuk melepaskan reptilia terbabit yang terbelit pada jaring. Ketika itu reptilia terbabit dalam keadaan amat lemah.

"Reptilia itu disahkan mati sejurus diselamatkan dan bangkainya ditanam di kawasan lapang berhampiran bagi mengelakkan bau busuk," katanya.

Disiarkan pada: May 17, 2017 @ 8:40pm
d