mutakhir

Jumpa mayat dalam semak [METROTV]

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

MAYAT lelaki dengan kepala berlumuran darah ditemui di dalam semak di Persiaran Bayan Mutiara 2, Georgetown, hari ini.

Sumber berkata, dalam kejadian 8.30 malam itu polis menerima panggilan daripada seorang lelaki sebelum sepasukan anggota polis bersama Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan pemeriksaan.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa dipercayai warga Pakistan berusia 54 tahun ditemui dengan kesan kecederaan di kepala.

"Siasatan lanjut masih lagi dijalankan di lokasi kejadian termasuk Unit Anjing Pengesan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat," katanya.

Disiarkan pada: May 17, 2017 @ 11:49pm
d