mutakhir

Alat ganti telefon pintar palsu

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

Serdang: Tipu orang ramai dengan menjual alat ganti dan aksesori telefon pintar palsu.

Itu antara kegiatan peniaga tempatan dikesan mengaut keuntungan lumayan hasil penjualan barangan cetak rompak diseludup dari China itu.

Kegiatan yang kian berleluasa di Lembah Klang itu dibongkar selepas sepasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor melakukan serbuan di sebuah premis di Puchong, di sini, jam 12 tengah hari semalam.

Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Selangor Abdul Rosik Yakub berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam serta risikan dilakukan.

Menurutnya, pihaknya merampas lebih 460 aksesori telefon pintar tiruan bernilai hampir RM 12,000 dalam operasi khas berkenaan.

Disiarkan pada: May 18, 2017 @ 3:40am
d