mutakhir

Ramadan UNIMAS berputik di Kemboja [METROTV]

Oleh HM Digital

FAKULTI Sains dan Perubatan UNIMAS terbang ke Kemboja bersama enam pakar perubatan untuk memberikan rawatan percuma dan menyampaikan bantuan Ramadan.

Program Outreach Kesihatan Komuniti itu diadakan pada 9 hingga 15 Mei lalu.

Rombongan itu Program itu diketuai ahli Lembaga Pengarah UNIMAS, Michael Wong dan diadakan sempena dengan ulangtahun ke 25 universiti itu.

Antara aktiviti diadakan adalah

1 Klinik mata bergerak – saringan mata untuk warga tua seramai 1,000 orang dan pengagihan 300 cermin mata di Chroy Changvar District dan Koh Thom A Commune, Kandal Province.

2 Lawatan rasmi ke Department of Higher Education Director General dan Health Sciences University di Phnom Penh.

3 Ceramah pendidikan kesihatan dan pengagihan health promotion kit di sekolah rendah di Chroy Changvar District dan Koh Thom A Commune, Kandal Province.

4 Pengagihan soft toys untuk kanak-kanak miskin di Chroy Changvar District dan Koh Thom A Commune, Kandal Province

5 Pengagihan 600 bungkusan makanan Ramadhan di masjid Chroy Changvar District dan masjid Kandal Province.

Antara pakar perubatan pula adalah

Prof Dr Ahmad Hata Rasit – Dekan dan Pakar Bedah Ortopedik

Prof Dr Kamarudin Kana – Pakar Perubatan Keluarga

Prof Dr Mohammad Zulkarnean Ahmad Narihan – Pakar Patologi

Prof Dr Lim Lik Thai – Pakar Ofthalmologi

Dr Ehfa Bujang Safawi – Pakar Bedah Plastik

Dr Nariman Singmamae – Pakar Perubatan Kecemasan

Disiarkan pada: May 18, 2017 @ 9:02am
d