mutakhir

Perkukuh operasi dua negara

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

EKSESAIS 'Air Thamal' antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Diraja Thai (RTAF) mampu memperkukuhkan dan menambahbaik prosedur operasi latihan dua negara.

Panglima Operasi Udara TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mutalib Ab Wahab berkata, latihan bilateral itu mampu meningkatkan keupayaan peserta dalam melaksanakan operasi udara.

Beliau berkata, penambahbaikan prosedur standard operasi (SOP) kedua-dua negara mampu memenuhi keperluan kedua-dua angkatan udara di masa depan.

"Eksesais ini mampu tingkat pengetahuan, keupayaan dan pengkongsian pengalaman di antara TUDM dan RTAF.

"Kita percaya latihan ini dapat merapatkan lagi hubungan akrab kedua-dua negara di setiap peringkat dan mewujudkan kepercayaan antara satu sama lain," katanya ketika ditemui di Majlis Penutup Eksesais AIR THAMAL 27/2017 di Pangkalan Tentera Udara di Butterworth, hari ini.

Hadir sama, Ketua Staf Udara RTAF, Surasak Toong Tong.

Disiarkan pada: May 18, 2017 @ 5:01pm
d