mutakhir

Rampas arak RM21,000

Oleh Faliq Lajim

PASUKAN Polis Marin (PPM) merampas arak dipercayai tidak bercukai bernilai RM21,000 dalam serbuan di gudang di Jalan Sungai Jati, Taman Wangsa Pelabuhan Klang, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, rampasan berkenaan membabitkan 4,080 tin dan juga 912 botol minuman keras pelbagai jenama.

"Semua minuman keras berkenaan dirampas berikutan dipercayai tidak bercukai.

"Kita juga menahan lelaki yang dipercayai pekerja di gudang berkenaan," katanya.

Menurutnya, rampasan dibuat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Disiarkan pada: May 18, 2017 @ 5:31pm
d