mutakhir

Lemas mandi laut

Oleh Junaidi Ladjana dan Mohd Ruzaini Zulkepli

LELAKI, 20-an, ditemui lemas selepas mandi laut di belakang Kompleks beli belah Suria Sabah, dekat Kota Kinabalu, 10.40 malam ini.

Beberapa orang awam yang melihat kejadian itu cuba membantu namun gagal lalu menghubungi pihak bomba.

Ketua operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu John Bernard berkata, sebaik menerima panggilan jam 10.52 malam, sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

"Sebaik tiba, sepasukan anggota menjalankan operasi menyelamat dan menemui mangsa pada kedalaman dua meter, kira-kira lima meter dari tebing.

"Mangsa kemudian dibawa naik sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth (HQE)," katanya ketika ditemui hari ini.

Tambah John, mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk siaaatan lanjut dan operasi tamat jam 11.27 malam.

Operasi menyelamat membabitkan tujuh anggota bomba dan sebuah jentera.

Disiarkan pada: May 19, 2017 @ 12:46am
d