mutakhir

Pegawai zakat dibebaskan [METROTV]

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

DUA pegawai kanan dan tiga pegawai Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (ZPP) dibebaskan dengan jaminan dan seorang penjamin oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang selepas tempoh tahanan reman berakhir, hari ini.

Perintah berkenaan dikeluarkan Majistret Muna Maria Azmi apabila menetapkan dua pegawai kanan berusia 50 tahun dan 35 tahun masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Tiga lagi pegawai ZPP berusia 33 hingga 49 tahun dibebaskan dengan RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Kelima-lima mereka tiba di Mahkamah Majistret Georgetown, 10.45 pagi tadi sambil diiringi pegawai penyiasat SPRM dengan menaiki dua kereta dan dikawal rapi.

Sebelum ini mereka ditahan bagi membantu siasatan kes penyelewengan dan rasuah wang dana ZPP sejak tiga tahun lalu.

Disiarkan pada: May 19, 2017 @ 4:01pm
d