mutakhir

Barangan kawalan sempena Ramadan dikuatkuasa

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

BUAT pertama kalinya, Skim Kawalan Harga (SKH) Bulan Ramadan 2017 diperkenalkan dan akan dilaksanakan dari 22 hingga 31 Mei ini di seluruh negara iaitu lima hari sebelum dan lima hari selepas Ramadan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, sebanyak 10 jenis barangan yang disenaraikan dalam SKH iaitu kacang tanah; kacang hijau; telur ayam gred A, B dan C; tepung gandum (kegunaan am); gula pasir putih bertapis kasar; gula pasir putih bertapis halus; kelapa biji dan kelapa parut.

Beliau berkata, pelaksanaan SKH itu diperkenal bagi tujuan menyekat kenaikan harga yang tidak berpatutan dan mencegah amalan mencatut dalam kalangan peniaga menjelang dan ketika Ramadan.

"Penentuan ini dibuat agar penguatkuasaan kawalan harga adalah lebih berkesan dan penawaran harga yang berpatutan untuk barangan perlu bagi manfaat pengguna dan peniaga," katanya pada sidang media di KLIA di sini hari ini.

Katanya, skim itu dijangka dapat dimanfaatkan oleh peniaga dan usahawan kecil terutama bagi yang mengusahakan perniagaan menjual kuih dan biskut bagi pasaran Aidilfitri.

Disiarkan pada: May 19, 2017 @ 5:40pm
d