mutakhir

Sembilan kubur lama dipindahkan

Oleh Rizanizam Abdul Hamid

 

SEMBILAN kubur lama dipercayai berusia hampir 100 tahun di Masjid As Salihin Batu 8 1/2 Lebuh AMJ, Paya Rumput, Melaka dipindahkan ke lokasi baharu semalam.

Pengerusi masjid berkenaan, Isa Yusuff, 75, berkata, semua kubur itu yang tidak mempuyai waris dipindahkan ke tanah perkuburan induk Paya Rumput, Taman Pusara Abadi bagi membolehkan kerja-kerja pelebaran masjid berusia 91 tahun itu dilakukan.

Menurut beliau, pihaknya sudah pun mendapat kebenaran mengalihkan kubur berkenaan daripada Jabatan Mufti Negeri Melaka sebanyak dua kali sejak dua tahun lalu selain membuat pengumuman mencari waris kubur-kubur lama berkenaan sejak lebih setahun lalu.

"Setelah mendapati tiada waris yang tampil, hari ini, kita telah membuat proses penggalian sembilan kubur ini berdasarkan kedudukan batu nisan namun tidak menjumpai sebarang tanda seperti tulang dan sebagainya.

"Bagaimanapun, prosedur pemindahan kubur tetap dilakukan dengan cara mengambil tanah pada kedalaman lapan kaki dan dibalut dengan kain putih sebelum ditanam di tanah perkuburan Taman Pusara Abadi," katanya.

habis.

Disiarkan pada: May 20, 2017 @ 4:47pm
d