mutakhir

Mat Over senyum aje

Oleh Helmy Abd Rahman

KEHADIRAN Mat Over pada Progam Santai Bersama Mat Over sempena Majlis Pelancaran Hari Belia Peringkat Negeri Terengganu 2017 Kampung Kuala Menjing, Hulu Terengganu hari ini ternyata menghiburkan kira-kira 3,000 pengunjung yang hadir.

Malah, ada dalam kalangan yang hadir kedengaran memuji tindakan pelawak itu menampar penerbit filem David Teo di hadapan Datuk Seri Najib Razak pada sesi 'Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni' di Putrajaya Rabu lalu, namun beliau hanya tersenyum tanpa memberi maklum balas.

Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin tidak putus-putus menyampaikan jenaka selain mendendangkan beberapa buah lagu yang ternyata menghiburkan orang ramai yang hadir.

Sepanjang hampir empat jam berada di majlis berkenaan, Mat Over tidak jemu melayan karenah peminat untuk bergambar bersama.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara berkenaan ketika ditanya wartawan dan menganggap segala-galanya sudah selesai.

 

Disiarkan pada: May 20, 2017 @ 9:10pm
d