mutakhir

Sembilan kubur lama dipindah

Melaka: Sembilan buah kubur lama dipercayai berusia hampir 100 tahun di Masjid As Salihin Batu 8 1/2 Lebuh AMJ, Paya Rumput, di sini, selamat dipindahkan ke lokasi baru, semalam.

Pengerusi masjid berkenaan, Isa Yusuff, 75, berkata, semua kubur itu yang tidak mempunyai waris dipindahkan ke tanah perkuburan induk Paya Rumput, Taman Pusara Abadi bagi membolehkan kerja pelebaran masjid berusia 91 tahun itu dilakukan.

Menurutnya, pihaknya sudah pun mendapat kebenaran mengalihkan kubur berkenaan daripada Jabatan Mufti Negeri Melaka sebanyak dua kali sejak dua tahun lalu selain membuat pengumuman mencari waris kubur lama berkenaan lebih setahun lalu.

“Setelah mendapati tiada waris yang tampil, hari ini (semalam) kita membuat proses penggalian sembilan kubur ini berdasarkan kedudukan batu nisan namun tidak menjumpai sebarang tanda seperti tulang dan sebagainya,” katanya.

Disiarkan pada: May 21, 2017 @ 8:13am
d